Tuesday, May 17, 2016

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak boleh lari dari belajar , kadang-kadang masa yang ada di sia-sia kan .. bila ditanya berapa jam kamu belaja?? diri terpinga-pinga  sebab belajar tak ikut waktu, bila rasa nak belajar , rajin buka buku ,tapi bila perasaan malas mula menerjah ruang diri , leka tanpa sedar ... 

Pesan seorang murabbi " sesuatu yang tidak tersusun atau tidak ada peraturan adalah sesuatu yang sia-sia " ..tetiba teringat kata-kata Saidina Ali Karamallahu wajh : " Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun rapi " . Di sini dapat kita lihat sesuatu amal yang dilakukan tanpa ada yang manhaj-manhaj yang teratur melambat kan kerja-kerja islam ke arah mencapai sebuah kemenangan.Dan tidak hairanlah mengapa kemenangan itu lambat ?? ( tetiba lak masuk bab lain ..maaf ) 

Berbalik pada pengurusan manhaj belajar para murabbi selalu bertanya kami sebagai studentnya bagaimana cara kamu semua menguruskan masa ?? berapa surah yang kamu dah hafal?? dan ini sering kali diulang oleh para doktor dan membuatkan "aku" terpaku sendirian ..memang tidak di nafikan cara pengurusan tidak lah sistematik dan tidak teratur..juga sering terfikir untuk cuba berubah tapi entah mengapa lain yang dirancang lain pula jadinya .. Kehidupan seorang mahasiswa disibukkan dengan banyak perkara belajar di kuliah, tallaqi , urusan persatuan dan lain-lain , maka hal ini menyebabkan rasa "futur" di tengah-tengah jalan .. 

Oleh yang demikian , Murabbi menitipkan beberapa nasihat yang bermanfaat antaranya : 
1) jaga al-quran dan as-sunnah dengan sehabis baik 
2) luangkan masa menghafal kalam-kalam ILLAHI dan hadis-hadis nabawiyyah  (paling minuman 1 juzuk + 1 hadis ) 
3) tidak dapat manfaat nya jika belajar tapi tak ambil ibrah (pengajaran) (eg : belajar riyadhus solihin tapi matan hadis tak hafal tak cukup setakat faham je ,tidak dapat tidak kena  hafal matan yang ringan-ringan dan mudah dihafal dengan istiqomah yang asalnya susah nak hafal lama2 jadi mudah) 
4) cuba bahagikan masa sebaik mungkin ( belajar , tallaqi , persatuan ) 
5) jangan hampakan harapan semua  yang menantikan kepulangan kita sebgai pembawa risalah ISLAM 6) kosongkan fikiran dari perkara2 yang menyibukkan diri anda ( eg : riadah dll ) 
7) kita bukan sahaja kena fokus pada pembacaan semata mata tapi dari segi kemahiran bercakap harus di pertingkatkan 
8) fokus pada hafalan nusus yakni Al-Quran Dan As-sunnah , jgn setakat faham tapi kena hafal ayat AQ dan matan hadis 
9) berbanyakkan kalimah-kalimah arab 
10) if rasa malas timbul cuba variasikan cara belajar,cara menghafal dan lain-lain 

( analogi : jika kita kurang selera makan mesti kita akan cub variasikan makanan ada ayam ada sayur ada buah, ada kuih muih begitu juga "selera" belajar perlu dipelbagaikan metodnya ) sekali lagi ingin saya lontarkan kalam murabbi " sesuatu yang tidak ada manhaj adalah sia-sia " moga kita mengambil ibrah dari kalam murabbi ... lebih-lebih lagi saya yang menulis sebab tangan yang menaip lebih dekat dengan mata yang melihat..moga ALLAH pandu usaha yang dilakukan .. ALLAH MUSTA'AN ... 

murabbi yang di maksudkan : Dr. a'tiyyah fayyad ( dr fiqh islami ) mohon maaf atas kekurangan sekadar berkongsi nasihat murabbi (ad salah sila tegur ) ~ kadang-kadang kita alpa hadirnya kalam taujihat mengembalikan kekuatan dan semangat ~  

Monday, May 16, 2016

Monolog dari guru untuk guru



Wahai anakku,












"Jangan sesekali kamu menyakiti hati gurumu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidupmu". Itulah nasihat yang sering kali diucapkan oleh emak sewaktu menghantarku menaiki bas balik ke asrama. Nasihat itu seringkali diulang sambil membetulkan baju dan rambutku.
Aku membesar dalam suasana sangat menghormati guru kerana kata emak. "Bila ilmu tidak berkat, maka banyak mana ilmu pun tidak berguna lagi"
Sewaktu aku menjadi pensyarah di UiTM. (.masa tu ITM ), aku tampalkan satu kertas di pintu bilikku " Separuh dari keberkatan ilmu terletak kepada anda menghormati gurumu, manakala separuh lagi ialah anda mengamalkan ilmu itu".
Guru ibarat mata air yang mengalir. Andainya mata air itu jernih, maka jernihlah air yang akan diminum oleh muridnya. Namun kalau ia keruh maka keruhlah air itu sepanjang sungai. Namun andai ada pelajar yang tidak jujur, ia mengeruhkan air yang diambilnya, tetapi ia tidak akan mengeruhkan air sungai seluruhnya. Maka guru perlu ikhlas dalam pengajarannya.
Setiap kali Aku ingatkan guruku yang telah meninggal dunia, akan aku titipkan al Fatihah untuknya, kerana darinya aku menjadi insan yang berguna.
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.
Tuan Ibrahim Tuan Man 
Timbalan Presiden PAS 
15hb Mei 2016.

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA HARI GURU 2016




Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang's photo.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Sesungguhnya Allah memberikan kemuliaan kepada manusia dengan iman dan ilmu, maka sangat bertuah dan beruntunglah manusia yang bergelar guru, ustaz atau muallim yang mengambil tugas penting ini untuk mendidik masyarakat untuk menjadi manusia yang mulia.

Firman Allah SWT: "Nescaya Allah mengangkat (darjat) orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al Mujadalah: 11)

Sempena Hari Guru yang disambut serentak di seluruh dunia pada hari ini, maka saya ingin megambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua para guru, ustaz dan muallim yang telah bertungkus lumus mendidik anggota masyarakat untuk keluar dari kepompong kejahilan.

Dalam suasana langit terbuka hari ini, tugas guru berdepan dengan berbagai cabaran yang menuntut kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi. Semoga segala cabaran yang ditempuh ini tidak menghalang para pendidik untuk terus menyumbang bakti dalam usaha melahirkan generasi berilmu dan beriman. Sesungguhnya sebuah negara dan tamadun yang hebat itu, asasnya dibina oleh guru, ustaz dan muallim.

"SELAMAT HARI GURU"
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN "

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS 

09 Syaaban 1437H / 16 Mei 2016M